Kedai Tongkat Ali

MANFAAT & KELEBIHAN TONGKAT ALI

Info dan Khasiat Pokok Tongkat Ali

Pengenalan Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi,Penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit adalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia ,Indonesia dan beberapa kawasan di Thailand, Vietnam dan Laos. Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada keluarga Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih,

Khasiat Pokok Tongkat Ali

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Pengenalan

Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi,Penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit adalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia ,Indonesia dan beberapa kawasan di Thailand, Vietnam dan Laos. Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada keluarga Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, setunjang bumi dan sebagainya. Tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai kemampuan bagi membantu kaum lelaki yang menghadapi masalah syahwat.

Dalam keadaan semulajadinya di hutan, ia tumbuh dengan kadar yang perlahan, boleh mencapai ketinggian sehingga 10 ~15 m dengan garis pusat batang berukuran 20 cm. Biasanya, daunnya rimbun pada hujung batang. Kebanyakan pokok ini tidak bercabang. Jikapun bercabang, ia terlalu sedikit, sekadar satu atau dua cabang sahaja. Bunganya tersusun padat pada tangkai yang bercabang keluar dari pangkal daun.Daunnya berbentuk bujur (2–3 cm lebar, 8–10 cm panjang) tersusun secara berpasangan pada satu tangkai (panjang hingga 100 cm). Terdapat 20–30 pasang anak daun bagi setiap tangkai daun. Tangkai daun tersusun secara “spiral”, sama ada mengikut pusingan jam atau melawan pusingan pada paksi batang.

Khasiat

Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak (penggalak seks). Secara tradisi, tongkat ali digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap, disentri, bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida. Eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akarnya merupakan kandungan kimia penting industri. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosteron iaitu hormon yang diperlukan untuk fungsi seksual lelaki.

Dalam amalan perubatan secara tradisional hanya bahagian akar pokok tongkat ali sahaja yang digunakan. Akar yang dicabut akan dipotong nipis kemudian dikeringkan beberapa hari sebelum digunakan. Mengikut amalan tradisional, akar tongkat ali yang telah cukup kering direbus dengan tiga cawan air sehingga menjadi satu cawan. Cara ini adalah amalan biasa yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional untuk mendapatkan pati herba. Air rebusan tongkat ali ini diminum dua kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.

  • Anti-malaria: ujud aktiviti anti-malaria terhadap malaria Thailand K-1, beberapa jenis malaria Indonesia, perencatan sempurna terhadap enam isolat malaria Malaysia serta 2 kompaun akarnya menunjukkan potensi sebagai anti-malaria ).
  • Anti-kanser: 1 daripada 6 kuasinode yang diambil daripada daunnya dikenalpasti mempunyai kompaun perencatan pengaktifan virus Epstein-Barr yang menggalakkan tumor. Daripada 65 kompaun akar Tongkat Ali, 8 menunjukkan kesitotoksikan kuat terhadap kanser paru-paru manakala 7 menunjukkan kesitotoksikan kuat terhadap kanser payudara.
  • Anti-kencing manis: menunjukkan penurunan gula dalam darah bagi kes kandungan gula tinggi (hyperglycaemic) dan tiada kesan signifikan terhadap kadar gula yang normal (normoglycaemic).
  • Anti-bakteria: ekstrak daun dan batang menunjukkan keaktifan pada kedua-dua bakteria Gram-positive dan Gram-negative kecuali 2 jenis bakteria Gram-negative; namun ekstrak akar tidak menunjukkan apa-apa aktiviti anti-bakteria.
  • Sifat maskulin dan aktiviti seksual: menunjukkan peningkatan aktiviti seksual tikus dewasa, motivasi seksual tikus pembiak yang telah pencen dan berahi pada tikus tua dan tikus pembiak yang telah pencen
  • Kitaran spermatogenesis dan kesuburan: menunjukkan peningkatan yang signifikan pada jumlah spermatocytes dan spermatids, kadar penghasilan spermatozoa dan jumlah sel Leydig serta indeks kesuburan dan keproduktifan pada tikus jantan.

Penanaman

Tongkat ali merupakan tumbuhan yang bersifat panjang dan tinggi serta tumbuh menegak tanpa cabang. Tongkat ali yang hidup liar selama berjuta tahun di hutan hujan tropika, memerlukan beberapa tahun untuk mencapai diameter batang pokok sebesar 6 inci.

Dalam keadaan semula jadinya di hutan, tongkat ali tumbuh dengan kadar yang perlahan dan boleh mencapai ketinggian sehingga 15 m dengan garis pusat batang berukuran 20 cm. Daunnya berbentuk bujur dengan kelebaran di antara dua cm dan tiga cm, dan panjang di antara lapan cm dan 10 cm. Daunnya tersusun secara berpasangan pada satu tangkai dengan panjang hingga 100 cm. Terdapat 20–30 pasang anak daun bagi setiap tangkai daun yang tersusun secara pilin, sama ada mengikut pusingan jam atau melawan pusingan pada paksi batang.